MhR Burger, Port Dickson

Assalamualaikum kawan-kawan. Hari ni saya nak share satu tempat makan yang agak menarik yang saya pergi minggu ni. Rabu lepas kalau tak silap, hari di mana saya bawa AA (Aaqil & Aanaqi) untuk settlekan beberapa urusan. That is another story. Okay? Saya nak share pasal Aanaqi. Tapi untuk entry kali ni, saya nak cerita pasal restoran western ni, MhR Burger. Basically restoran ni jual menu western dan mostly semuanya burgers. ^.^

Since kami makan bertiga je, so order satu set pun dah cukup. Saya lupa sangat nak ambil pic menu. I should do that next time. Untuk hari tu, saya order set burger yang guna charcoal bun so bun nya berwarna hitam. Masa nak suapkan Aaqil, Aaqil pejam mata sebab suspend kot, agaknya apa lah rasa bun yang berwarna hitam kan? hahaha

Surprisingly bun tersebut tersangatlah sedap. Bukan sahaja sedap tapi lembut sangat. Patty nya saya pilih chicken crispy, ada juga jenis lain macam grilled etc. Selain ayam, boleh juga pilih ikan, daging atau kambing. Saya pilih ayam sebab Aanaqi kan picky eaters so he only eats cikinn. hehe

Crispy chicken tu sangat sedap, macam ada rasa rempah-rempah siket. Fries pula dihidang dengan lelehan cheese yang rasa nya sangat sedap dan perfect. Masa menaip ni pun meleleh air liur kitaaa. Walaupun saya dah berjanji dengan diri saya yang saya akan cuba elakkan makan kat restoran western sebab basically menunya sama je which is fries, roti, ayam etc tapi kali ni saya nak cuba sebab bila google tempat makan best di Port Dickson, mesti keluar restoran ni as one of the options.

Untuk set ni juga, dapat air free. Boleh upgrade untuk air yang lebih menarik, tapi hanya perlu tambah RM1 je. Best ke best?

Air Biru

Aaqil pose istimewa sebab dia happy dapat minum air yang berwarna warni macam ni. Haha

Ignore jari jemari kecil tu. Hihi
So nanti boleh lah pergi coba. :)

Comments

Popular posts from this blog

Entry Pertama